Lagenda Ikan Koi
Bila kita ziarah kawan kawan kita yang
mempunyai kolam di rumah, selalunya akan berjumpa dengan Ikan Koi, warna yang
menarik menghiasi kolam tersebut. tahukah anda, Ikan Koi mempunyai lagenda
tersendiri?
Pada zaman dahulu, belaku di Jepun bahawa
sekumpulan besar Ikan Koi berenang mencari tempat tinggal di sungai dan di
pengakhiran perjalanan mereka terjumpa air terjun yang deras mengalir.
Oleh kerana mereka lihat air terjun tersebut
menjadi gangguan perjalanan mereka, sekumpulan besar Ikan Koi itu membuat
keputusan untuk patah balik dan mencari jalan yang lain tetapi tidak untuk
segelintir Ikan Koiyang mempunyai perasaan ingin tahu apa menanti di sebalik
air terjun itu.
Lalu, sekumpulan kecil Ikan Koi cuba
melompat melawan arus deras air terjun tersebut. Perbuatan tersebut dilihat
oleh para "Yokai" atau makhluk halus di kawasan air terjun itu.
Makhluk halus itu pun berkata kepada
sekumpulan ikan koi, "perbuatan kamu semua sia-sia, mustahil perbuatan itu
boleh lepas air terjun itu." Lalu para makhluk halus tersebut menggunakan
kuasa sihir mereka untuk meningkatkan ketinggian air terjun itu sambil
mentertawakan usaha Ikan Koi.
Selepas melihat usaha mereka tidak
membuahkan hasil, sekumpulan ikan koi tersebut putus asa dan pergi dari air
terjun itu tetapi tidak untuk seekor Ikan Koi yang terus berusaha untuk melawan
arus deras air terjun tersebut.
Setelah 100 tahun percubaan untuk melawan
arus deras itu, Ikan Koi berjaya melepasi air terjun tersebut. Makhluk halus
Yokai terkejut dengan usaha Ikan Koi itu termasuk dengan para dewa yang melihat
usaha Ikan Koi itu.
Para dewa mengurniakan kuasa mereka kepada Ikan
Koi tersebut dan Ikan Koi itu menjadi seekor naga emas. Lagenda tersebut
menunjukkan semangat ikan koi untuk tidak berputus asa serta keazaman mencapai
impian.