Vaksin Covid-19: Benar atau Mitos
Perbalahan tentang vaksin seringkali menjadi
perbualan terutama di laman media sosial, ada yang mengatakan vaksin ini adalah
propaganda kerajaan untuk menjual kepada rakyat. ada juga yang mengatakan
vaksin ini mempunyai cip daripada Amerika Syarikat untuk mengawal minda
manusia.
ternyata kenyataan tersebut telah di
buktikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa ia adalah tidak
benar. Vaksin yang diberikan oleh kerajaan adalah percuma untuk rakyat demi
menjaga kesihatan rakyat sejagat serta tiada cip yang diletakkan dalam vaksin
Covid-19. kenyataan tersebut boleh dilihat pada laman sosial KKM untuk membaca
artikel tersebut.
Sebagai pengguna media sosial, kita harus
mengetahui bahawa tidak semua informasi adalah benar melainkan informasi
tersebut di keluarkan oleh pihak yang mempunyai kredibiliti dan sumber yang
sah. Hal ini Kerana terdapat pelbagai sumber cuba untuk menyebarkan informasi
palsu dengan niat memporak-perandakan keamanan dan menghasilkan suasana panik
dalam kalangan rakyat.
Namun, masih ada harapan untuk sembuh dan membanteras gelaja Covid-19 dengan mengambil vaksin yang disediakan oleh kerajaan dan mengamalkan norma baharu seperti yang dinasihatkan oleh pihak KKM.