Monday, September 1, 2014

Berhenti


Berhenti

Suara sayu memanggil hati,
Perlahan-perlahan membuka peluang,
Biar kita merangkak membaca,
Asalkan kita mencuba,
Jgn berhenti berlari,
Perlahan kalau penat,
Biar jantung berdenyut laju,
Nafas tercungap,
Kita jgn berhenti,
Lihat pada diri,
Senyum sendiri,
Siapa mahu lap air mata kalau bukan tangan sendiri,
Kita adalah semangat kita,
Keputusan harus di buat,
Perjalanan mesti di teruskan,
Mereka yg ketinggalan,
Akan ku pimpin ke depan,
Aku pun sedang memanjat,
Gunung ku jenguk,
Tidak nampak puncak,
Jangan berhenti lagi,
Sampai kalimah syadah terucap.
Aku tahu di bawah tiada yg menyambut,
Tpi aku tidak takut jatuh,
Di belakang kita semua buat silap,
Tidak mengapa,
Kita belajar dgn skli pandang,
Berani kan diri,
Terus melangkah kaki,
Biar buta mata jgn buta hati,
Kalau putus kaki,tangan ku masih berfungsi,
Alhamdulilah kita masih boleh berdiri,
Ini puisi nasihat,
Kita hidup tiada pangkat,
Darjat miskin kaya,
Semua permainan sosial,
Jgn berhenti lagi,
Di depan masih kabus,
Adakah syurga,atau neraka manusia?
Hina mulut yg membisik,
Aku tak peduli,
Halang la kalau berani,
Biar aku lihat jauh mana kau boleh pergi,
Aku masih tak berhenti dan tidak akan berhenti,

first post and created: 6 July 2014

No comments:

Post a Comment