Sunday, November 9, 2014

Puteri Balang Kaca

PUTERI BALANG KACA


Setiap hari ku, menari di dalam balang kaca berlagu,
berdansa ku seorang diri,
demi membahagiakan yang tercinta,
muka nya terukir ukiran manis yang ku perlu,
untuk teruskan perjuangan ku,
setiap detik ku kira,
bila kau perlukan aku,
putar lah lagu yang kau mahu sayang,
berdansa kita dengan irama dan lagu,
mimpi kan ku di tidur malam mu,
hadir mu dalam hidup ku sudah cukup untuk ku,
aku puteri balang kaca,
hanya mampu menghilangkan sedih hanya seketika,
pecah kaca ku,
hidup ku tiada dua,
aku sedar aku hanya barang sementara,
tetapi kebahagiaan mu,
kekal selama nya, walaupun aku sudah tiada.

No comments:

Post a Comment