Sunday, February 21, 2021

Vaksin: Benar atau Mitos?

 


Vaksin Covid-19: Benar atau Mitos

Perbalahan tentang vaksin seringkali menjadi perbualan terutama di laman media sosial, ada yang mengatakan vaksin ini adalah propaganda kerajaan untuk menjual kepada rakyat. ada juga yang mengatakan vaksin ini mempunyai cip daripada Amerika Syarikat untuk mengawal minda manusia.

ternyata kenyataan tersebut telah di buktikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa ia adalah tidak benar. Vaksin yang diberikan oleh kerajaan adalah percuma untuk rakyat demi menjaga kesihatan rakyat sejagat serta tiada cip yang diletakkan dalam vaksin Covid-19. kenyataan tersebut boleh dilihat pada laman sosial KKM untuk membaca artikel tersebut.

Sebagai pengguna media sosial, kita harus mengetahui bahawa tidak semua informasi adalah benar melainkan informasi tersebut di keluarkan oleh pihak yang mempunyai kredibiliti dan sumber yang sah. Hal ini Kerana terdapat pelbagai sumber cuba untuk menyebarkan informasi palsu dengan niat memporak-perandakan keamanan dan menghasilkan suasana panik dalam kalangan rakyat.

Namun, masih ada harapan untuk sembuh dan membanteras gelaja Covid-19 dengan mengambil vaksin yang disediakan oleh kerajaan dan mengamalkan norma baharu seperti yang dinasihatkan oleh pihak KKM.

Lagenda Ikan Koi

 


Lagenda Ikan Koi

Bila kita ziarah kawan kawan kita yang mempunyai kolam di rumah, selalunya akan berjumpa dengan Ikan Koi, warna yang menarik menghiasi kolam tersebut. tahukah anda, Ikan Koi mempunyai lagenda tersendiri?

Pada zaman dahulu, belaku di Jepun bahawa sekumpulan besar Ikan Koi berenang mencari tempat tinggal di sungai dan di pengakhiran perjalanan mereka terjumpa air terjun yang deras mengalir.

Oleh kerana mereka lihat air terjun tersebut menjadi gangguan perjalanan mereka, sekumpulan besar Ikan Koi itu membuat keputusan untuk patah balik dan mencari jalan yang lain tetapi tidak untuk segelintir Ikan Koiyang mempunyai perasaan ingin tahu apa menanti di sebalik air terjun itu.

Lalu, sekumpulan kecil Ikan Koi cuba melompat melawan arus deras air terjun tersebut. Perbuatan tersebut dilihat oleh para "Yokai" atau makhluk halus di kawasan air terjun itu.

Makhluk halus itu pun berkata kepada sekumpulan ikan koi, "perbuatan kamu semua sia-sia, mustahil perbuatan itu boleh lepas air terjun itu." Lalu para makhluk halus tersebut menggunakan kuasa sihir mereka untuk meningkatkan ketinggian air terjun itu sambil mentertawakan usaha Ikan Koi.

Selepas melihat usaha mereka tidak membuahkan hasil, sekumpulan ikan koi tersebut putus asa dan pergi dari air terjun itu tetapi tidak untuk seekor Ikan Koi yang terus berusaha untuk melawan arus deras air terjun tersebut.

Setelah 100 tahun percubaan untuk melawan arus deras itu, Ikan Koi berjaya melepasi air terjun tersebut. Makhluk halus Yokai terkejut dengan usaha Ikan Koi itu termasuk dengan para dewa yang melihat usaha Ikan Koi itu.

Para dewa mengurniakan kuasa mereka kepada Ikan Koi tersebut dan Ikan Koi itu menjadi seekor naga emas. Lagenda tersebut menunjukkan semangat ikan koi untuk tidak berputus asa serta keazaman mencapai impian.


Kembali

 Hi kawan, 

it's been a long since last I've updated my blog. dah 5 tahun dah kan? 

haaaa, how time flies. no worries aku akan kembali update from time to time.