Sunday, February 21, 2021

Vaksin: Benar atau Mitos?

 


Vaksin Covid-19: Benar atau Mitos

Perbalahan tentang vaksin seringkali menjadi perbualan terutama di laman media sosial, ada yang mengatakan vaksin ini adalah propaganda kerajaan untuk menjual kepada rakyat. ada juga yang mengatakan vaksin ini mempunyai cip daripada Amerika Syarikat untuk mengawal minda manusia.

ternyata kenyataan tersebut telah di buktikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa ia adalah tidak benar. Vaksin yang diberikan oleh kerajaan adalah percuma untuk rakyat demi menjaga kesihatan rakyat sejagat serta tiada cip yang diletakkan dalam vaksin Covid-19. kenyataan tersebut boleh dilihat pada laman sosial KKM untuk membaca artikel tersebut.

Sebagai pengguna media sosial, kita harus mengetahui bahawa tidak semua informasi adalah benar melainkan informasi tersebut di keluarkan oleh pihak yang mempunyai kredibiliti dan sumber yang sah. Hal ini Kerana terdapat pelbagai sumber cuba untuk menyebarkan informasi palsu dengan niat memporak-perandakan keamanan dan menghasilkan suasana panik dalam kalangan rakyat.

Namun, masih ada harapan untuk sembuh dan membanteras gelaja Covid-19 dengan mengambil vaksin yang disediakan oleh kerajaan dan mengamalkan norma baharu seperti yang dinasihatkan oleh pihak KKM.

No comments:

Post a Comment