Friday, September 13, 2013

insan biasa

Insan Biasa

Aku lahir bukan dari rumah besar,
asal ku juga bukan dari orang kaya,
aku bukan manusia yg bijaksana,
kerna aku seorang insan biasa,
bagi aku manusia semua sama,
tiada terlalu miskin ataupun terlebih kaya,
yang membezakan manusia ialah akal di kepala,
apa guna jadi manusia,kalau tak reti menggunakan nya?
tetapi apa aku lihat sekarang manusia seolah-olah buta,
buta harta,buta dosa,buta agama,lebih hina buta hati,
manusia zaman sekarang hidup seperti tiada batasan,
lebih agungkan yg celaka manakala si baik di caci dan di hina begitu sahaja,
jika di tanya,ilmu didikan agama cukup di dada,
tetapi mereka jawab,aku lebih selesa dengan nikmat dunia,
aku juga bertanya kepada diri ku,
adakah aku di golongan baik yg di hina?
atau aku di golongan jahat yg bertakhta di dunia seperti raja?
aku memilih biar diri ku menjadi baik dan di hina,
kerana aku lebih selesa melihat manusia bahagia,
daripada aku lihat manusia hidup terseksa,
kerana diri ku seorang insan biasa,
aku masih ada akal dan bersifat manusia.

No comments:

Post a Comment